Peningkatan berterusan dalam pengangkutan
- Kami akan bekerjasama dengan agensi- agensi pemerintah untuk memastikan peningkatan berterusan terhadap pengangkutan awam, supaya penduduk di GRC Jurong dapat menyambung perjalanan ke sekolah dan tempat kerja tanpa kelewatan di sekitar pulau.
- Kami akan memperluas jaringan laluan berbasikal di GRC Jurong, sejajar dengan penggandaan rangkaian basikal nasional dalam 5-6 tahun akan datang. Ini akan membantu memastikan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal, dan menghubungkan penyambung taman dengan mudah untuk menuju ke seluruh pulau.
- Beberapa penghadang bunyi bising trek MRT telah selesai dipasang dan tujuh lagi sedang dipasang di GRC Jurong.
- Hab Pengangkutan Bersepadu Beauty World akan dilancarkan akhir tahun ini. Pemerintah sedang membina Laluan Daerah Jurong untuk jangka masa panjang. Ia akan diikuti oleh Laluan Rentas Pulau, yang juga akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Jurong.
APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG
Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.
Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.
Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.