Menolong kanak-kanak dan belia
- Kami akan memperluaskan KidSTART, serta program tuisyen dan bimbingan yang dikendalikan oleh sukarelawan kami. Mereka akan membantu setiap anak, memberi peluang terbaik untuk membangun, di awal kehidupan.
- Kami telah memperluas pusat jagaan kanak-kanak dan penjagaan bayi di GRC Jurong, supaya ianya berdekatan. Subsidi pemerintah, yang telah ditingkatkan dengan ketara, akan memastikan bahawa pendidikan prasekolah yang berkualiti tetap dimampui ibu bapa muda.
- Kami akan memberi perhatian khusus kepada keluarga yang mempunyai anak- anak yang memerlukan pendidikan khas. Grace Orchard School di GRC Jurong akan diperluas untuk menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar yang mempunyai kecacatan intelektual ringan, dan kemudahan sekolah juga akan ditingkatkan.
- Kami juga akan memanfaatkan program kami di GRC Jurong untuk belia dari latar belakang yang kurang bernasib baik. Kita mesti melakukan semua yang termampu untuk menolong mereka menemui bakat dan minat mereka, dan memberi mereka bimbingan.
APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG
Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.
Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.
Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.