Menjaga warga emas kita dengan baik.
Mereka membantu membina dan mengubah Singapura

.

  • Kami akan bantu warga emas kita agar tetap aktif dan sihat, supaya mereka dapat terus menyumbang dan dapat meniti usia dengan bermakna. Kami telah membina kemudahan penjagaan warga emas, termasuk Hab Penuaan Aktif, di GRC Jurong. Kami juga menyokong keluarga dan pengasuh dalam usaha mereka menjaga ahli keluarga yang berumur melalui pusat jagaan harian demensia. St Andrew’s Nursing Home, yang dibuka pada tahun 2019, telah memberikan sokongan jangka panjang untuk warga tua dan mereka yang mengalami demensia dan masalah kesihatan mental yang lain.
  • Pakej-pakej Generasi Perintis dan Generasi Merdeka mengiktiraf sumbangan unik oleh warga emas Singapura kami, yang dibesarkan di masa yang lebih sukar. Mereka akan mendapat rawatan yang berpatutan sekiranya jatuh sakit. Ramai warga emas berpendapatan rendah juga akan menerima sokongan bulanan melalui Skim Ihsan Senja, yang akan diberikan kepada lebih ramai orang mulai akhir tahun ini.
  • Kami juga akan memperluas program kemasyarakatan untuk pengangkutan perubatan percuma untuk warga emas, dari rumah ke hospital dan poliklinik, serta makanan percuma dan penghantaran barangan kami untuk warga emas yang tinggal sendiri.

APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG

Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.

Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.

Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.

Menjaga warga emas kita dengan baik. Mereka membantu membina dan mengubah Singapura

Menyokong pekerja pertengahan
umur dan yang berumur kita

Menolong
kanak-kanak
dan belia

Menyokong mereka yang memerlukan
Meningkatkan rumah dan kawasan kejiranan kita
Menjadikan Jurong indah, komuniti hijau teladan
Peningkatan berterusan dalam pengangkutan
Mengatasi COVID-19 dan Memperkukuhkan Masyarakat kita