Mengatasi COVID-19 dan Memperkukuhkan Masyarakat kita

Kita akan mengatasi COVID-19 bersama- sama, dan menjadikan Singapura lebih baik di masa hadapan.
Yang paling penting adalah ikatan sosial dan emosi yang mesti kita terus bangunkan:

  • Persahabatan bermula dari muda, dan pada setiap tahap kehidupan.
  • Menghormati setiap individu, tidak kira apa pekerjaan yang kita lakukan, atau latar belakang sosial kita.
  • Kasih sayang, dengan sukarelawan dari semua peringkat umur mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan, orang kurang upaya dan warga emas kita.
  • Masyarakat berbilang kaum yang lebih kuat, di mana kita tinggal dan bekerjasama dalam harmoni.

Kita mesti terus memperdalam identiti kita sebagai rakyat Singapura. Ini memberi kita semua keyakinan pada masa depan kita.

APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG

Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.

Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.

Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.

Menjaga warga emas kita dengan baik. Mereka membantu membina dan mengubah Singapura

Menyokong pekerja pertengahan
umur dan yang berumur kita

Menolong
kanak-kanak
dan belia

Menyokong mereka yang memerlukan
Meningkatkan rumah dan kawasan kejiranan kita
Menjadikan Jurong indah, komuniti hijau teladan
Peningkatan berterusan dalam pengangkutan
Mengatasi COVID-19 dan Memperkukuhkan Masyarakat kita