KAMI AKAN BERKHIDMAT UNTUK ANDA,
DENGAN PENUH USAHA DAN SEPENUH HATI

  • Mengatasi COVID-19 bersama. Kami akan pastikan sokongan dan bantuan untuk keluarga yang terjejas pendapatan
  • Membolehkan warga emas kita hidup secara aktif dan sihat. Kami akan luaskan penjagaan di masyarakat untuk menyokong pengasuh keluarga
  • Membantu golongan usia pertengahan dan warganegara Singapura yang berumur untuk mendapatkan pekerjaan yang baik akibat krisis terkini, dan pada masa yang sama optimistik terhadap masa depan
  • Memastikan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan dimampui, berdekatan dengan rumah
  • Mencipta peluang kepada belia kita untuk mencapai aspirasi mereka, dan memainkan peranan mereka untuk mempertingkatkan Singapura
  • Menghulurkan bantuan kepada penduduk yang menghadapi cabaran kehidupan, atau yang kurang upaya, agar tiada rakyat Singapura yang ketinggalan
  • Meneruskan usaha untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan di kawasan kejiranan dan rumah-rumah yang lebih lama, mempertingkatkan kemudahan sukan, dan meluaskan rangkaian laluan bagi memastikan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal
  • Mencipta Jurong yang indah dan hijau. Kami akan membina ruang-ruang masyarakat agar penduduk dapat berkebun, dekat dengan rumah. Kami juga akan menggalakkan usaha kitar semula dan pilihan yang lestari untuk menjaga alam sekitar
  • Menghormati setiap orang. Kami akan bina masyarakat yang kukuh: di mana, para penduduk menghargai satu sama lain, tidak kira latar belakang mereka, satu kediaman di mana kita hidup dan bekerja bersama-sama dalam keadaan harmoni

Saudara-saudari sekalian,

Pasukan PAP kami telah bersama anda bertahun-tahun di Jurong. Kami sangat berharap agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda, dan bekerjasama dengan anda untuk menjadikan masyarakat kita lebih baik untuk semua.

Gaya kami adalah untuk terus menerus turun padang, beberapa kali setiap minggu, mendengar pandangan dan keperluan
anda. Melalui lawatan kami ke rumah anda, bertemu dengan anda di pasar dan kedai kopi, atau di Sesi Bertemu Penduduk kami. Kami cuba membantu dalam setiap masalah, besar atau kecil. Kami tidak pernah lari dari masalah.

Semasa pemutus litar COVID-19, kami secara aktif mendampingi penduduk yang memerlukan melalui telefon, e-mel dan
cara lain, dan menggerakkan rangkaian masyarakat kita. Kami telah bekerja
keras untuk menyokong mereka yang pendapatannya terjejas, anak-anak yang kurang bernasib baik, dan warga emas yang tinggal sendirian.

Pasukan PAP kami di GRC Jurong berpengalaman dan berbilang kaum. Menteri Kanan Tharman telah berkhidmat di Jurong selama hampir 20 tahun. Sebagai salah seorang pemimpin kanan Singapura, beliau telah berusaha terutama untuk memperkuatkan sokongan sosial untuk rakyat Singapura. Setiausaha Parlimen Kanan Dr Tan Wu Meng dan Puan Rahayu Mahzam telah berkhidmat sejak lima tahun yang lalu. Menyertai kami ialah Encik Huang Wei Zhong Shawn, seorang sukarelawan masyarakat yang berdedikasi dan bekas komander RSAF, dan Encik Xie Yao Quan, Ketua bagi Reka Bentuk Penjagaan Kesihatan di Hospital Alexandra, yang juga aktif berkhidmat untuk masyarakat.


Kami masing-masing mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Kami akan bekerja rapat sebagai satu pasukan, supaya kami menggabungkan kekuatan kami.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Desmond Lee dan Encik Ang Wei Neng, yang telah bekerja keras sejak tahun 2011 untuk berkhidmat bagi keperluan penduduk dan membina semangat kejiranan yang kuat. Mereka akan menyumbang
di tempat lain, tetapi kami akan selalu menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga Jurong kami.

Kita telah melalui masa-masa baik dan buruk sebagai rakyat Singapura. Kita telah melalui perjalanan yang jauh bersama. Tetapi masih banyak yang harus dilakukan, untuk memastikan setiap rakyat Singapura memiliki masa depan yang baik. PM Lee Hsien Loong dan seluruh pasukannya bekerja keras untuk membina Singapura yang adil, inklusif dan lestari. Kami akan mengatasi COVID-19 bersama-sama, dan menjadikan Singapura lebih baik di masa hadapan.

Kami akan berkhidmat untuk anda dengan penuh usaha dan sepenuh hati. Itu janji kami kepada anda.

Encik Tharman Shanmugaratnam
Dr. Tan Wu Meng

Puan Rahayu Mahzam
Huang Wei Zhong Shawn
Xie Yao Quan

APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG

Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.

Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.

Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.

Menjaga warga emas kita dengan baik. Mereka membantu membina dan mengubah Singapura

Menyokong pekerja pertengahan
umur dan yang berumur kita

Menolong
kanak-kanak
dan belia

Menyokong mereka yang memerlukan
Meningkatkan rumah dan kawasan kejiranan kita
Menjadikan Jurong indah, komuniti hijau teladan
Peningkatan berterusan dalam pengangkutan
Mengatasi COVID-19 dan Memperkukuhkan Masyarakat kita