Menyokong mereka yang memerlukan

- Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan masyarakat dan pemerintah untuk membantu setiap keluarga yang memerlukan. Para penduduk boleh mendapatkan bantuan di mana-mana 5 Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) dan 6 Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) kami di GRC Jurong.
- Kami akan terus melabur dalam program bagi menyokong orang kurang upaya dan mereka yang mempunyai sakit jangka panjang. Pusat Renal Bersepadu NKF yang baru di Corporation Road mempunyai kapasiti sehingga 480 pesakit dialisis setiap hari.
- Kami juga telah memperluaskan sokongan untuk bekas banduan, supaya mereka dapat memulakan hidup baru, bergaul kembali dengan masyarakat dan menjalani kehidupan yang produktif.
- Kami juga akan menolong penduduk dengan kos keperluan asas, melalui program kemasyarakatan untuk baucar makanan, potongan harga bagi keperluan rumah dan pembaikan rumah.
APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG
Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.
Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.
Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.