Meningkatkan rumah dan kawasan kejiranan kita

  • Kami akan memastikan blok HDB yang lama di GRC Jurong dinaik taraf melalui Program Peningkatan Rumah (HIP). Kami juga akan memperluaskan Program Pembaharuan Kejiranan (NRP), dengan menambah kemudahan yang lebih baik untuk golongan muda dan warga emas.
  • Kami sedang memperluaskan kemudahan sukan untuk golongan muda dan tua. Selain Jurong Spring Playfields, sebuah ActiveSG Sports Village @ Jurong
    Town yang baru di tapak Stadium Jurong lama, dan lebih besar lagi, akan dibangunkan pada tahun 2022. Kami juga akan menyediakan lebih banyak sudut kecergasan dan taman permainan di semua estet GRC Jurong kami, serta taman permainan inklusif yang selamat untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang kurang upaya.
  • Lebih banyak Skim Zon Perak akan dilaksanakan di sepanjang jalan di kawasan kejiranan kita. Kami juga akan memastikan bahawa semua ruang awam dan laluan pejalan kaki mesra kerusi roda, dan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk memasang beberapa lagi lif di jambatan pejalan kaki.
  • Kami akan terus melabur untuk laluan pejalan kaki berbumbung, tempat turun kenderaan dan infrastruktur lain untuk meningkatkan kehidupan seharian para penduduk. Kami telah membina 6 tempat laluan berbumbung tinggi di seberang jalanraya kami, dan akan membina 15 lagi dalam 5 tahun akan datang.

APA YANG KITA LAKUKAN BERSAMA DI GRC JURONG

Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menjadikan Singapura lebih baik, untuk setiap warganegara.

Kami percaya bahawa ini memerlukan dasar pemerintah yang baik yang dilengkapi dengan inisiatif masyarakat yang kuat.

Kami memperkukuhkan banyak skim-skim semasa COVID-19, dan akan meneruskan beberapa inisiatif ini di GRC Jurong walaupun selepas wabak tersebut.
Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah, badan sukarelawan, majikan, sukarelawan kami yang komited dan semua penduduk kami, untuk membina masyarakat yang kuat dan penyayang.

Menjaga warga emas kita dengan baik. Mereka membantu membina dan mengubah Singapura

Menyokong pekerja pertengahan
umur dan yang berumur kita

Menolong
kanak-kanak
dan belia

Menyokong mereka yang memerlukan
Meningkatkan rumah dan kawasan kejiranan kita
Menjadikan Jurong indah, komuniti hijau teladan
Peningkatan berterusan dalam pengangkutan
Mengatasi COVID-19 dan Memperkukuhkan Masyarakat kita